TERKINI : Calon GERAKAN Tidak Gugat “BN Menang di Tanjung Piai” – M.Saravanan

KUALA LUMPUR – Keputusan parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) untuk meletakkan calonnya dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai 16 November ini tidak akan mengugat peluang cerah Barisan Nasional dalam merampas semula kerusi tersebut kali ini.

Timbalan Presiden MIC Datuk Seri M.Saravanan berkata MIC dan BN optimis kerana status Gerakan sebagai parti neutral yang tidak berpaksikan kepada kerajaan atau pembangkang sebenarnya tidak mungkin mengancam atau mengganggu kempen calon BN di kerusi yang menjadi milik Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 9 Mei 2018.

Beliau juga mengesahkan Barisan Nasional akan membuat keputusan mengenai calon sah yang akan mewakili blok pembangkang itu dalam sehari dua ini.