azeez rahim Rahim forfeiture corruption
Abdul Azeez Abdul Rahim

KUALA LUMPUR – Gara-gara menuduh Speaker Dewan Rakyat Mohamad Ariff Md Yusof bersikap berat sebelah, Ahli Parlimen Baling, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim dihalau keluar daripada Parlimen hari ini.

Mohamad Ariff berkata, keputusan menghalau Azeez dibuat selepas menurutnya wakil rakyat berkenaan enggan menarik semula kenyataannya terhadap speaker Dewan Rakyat.

“Baling (Abdul Azeez) sebut saya berat sebelah, sekali lagi sebut saya akan usir. Usir, beliau dihalang memasuki Dewan Rakyat selama dua hari. Saya minta dia keluar,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Walaupun selepas itu Abdul Azeez berkali-kali mahu menarik balik kenyataannya itu namun Mohamad Ariff mengarahkan bentara mengiringi keluar. – MalaysiaGazette