Pengarah Jabatan KDNKA Bukit Aman, Komisoner Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani

KUALA LUMPUR – Polis berjaya menahan empat lelaki termasuk seorang warga Bangladesh yang terlibat dalam sindiket pengedaran rokok seludup di Lembah Klang.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Kententerman Awam Polis Diraja Malaysia, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, sindiket itu tumpas dalam Ops Asap yang diadakan baru-baru ini.

Selain seorang warga Bangladesh, tiga lagi suspek ialah orang tempatan berketurunan India.

Kesemua suspek berusia antara 23 hingga 41 tahun itu ditahan untuk siasatan lanjut.

“Sejumlah 15, 200 karton rokok putih pelbagai jenama dirampas.

“Anggaran nilai rampasan selepas cukai ditaksirkan berjumlah RM2,492,800,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Acyrll, pihaknya turut merampas sebuah lori lima tan dan sebuah kereta Perodua Alza dan keseluruhan rampasan bernilai RM2,633,600.- MalaysiaGazette