Naib Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA), Datuk Hamidah Haji Osman bercakap pada sidang media sempena Pidato Putra Merdeka di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 24 OGOS 2019

KUALA LUMPUR – Memang politik Malaysia sudah huru hara!

Itu pandangan Naib Presiden Putra, Datuk Hamidah Osman.

“Yang dalam barisan kerajaan tolak PM (Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad) tapi yang dalam pembangkang menyokong pulak,” ujarnya dalam status FBnya malam ini.

Beliau merujuk tindakan enam wakil rakyat Barisan Nasional (BN) yang secara terbuka mengisytiharkan sokongan kepada Mahathir untuk meneruskan jawatan perdana menteri sehingga habis penggal ini di Parlimen hari ini.

Dalam masa sama, Hamidah mengandaikan adakah keenam-enam ahli parlimen BN itu yang disebut-sebut bersama Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang mahu kerajaan baharu tanpa DAP dan Amanah.

“Apakah tujuan mereka bertindak sedemikian? Adakah mereka sengaja mahu dipecat agar dapat bersama Tun M?

“Sudh carca marba. Itu sebab saya katakan, parlimen perlu dibubarkan!” kata Hamidah.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

 

6 wakil rakyat BN sokong Tun M teruskan lima tahun, Zahid kata itu bukan pendirian BN

2 Komen

  1. KALAU Betul la 6 orang Ahli Parliman Bn Menyokong BAPAK PEMNELIT Tu,DIA Orang hendak DEDAK BSH.Dalam BN Tak DAPAT Apa2!!POKET KEMPIS!!!!

  2. 6org yg menyokong tun m sebenar nye manusia yg tk ada prndirian.nama shj yb tp bodoh.tun m tu musuh bn no1.nk menyokong apa nye lg.tun m kutuk mc2 pd bn dn menjatuhkn bn.tp yb ni masih lg tk fhm yg mn kawan yg mn lawan..padal hal tun m la musuh bn yg perlu ditolak 100% nk sokong apa lg aku tk fhm la puak2 ni..

Comments are closed.