Gambar hiasan

SEOUL – Korea Selatan menasihatkan perokok supaya henti menghisap vape disebabkan kebimbangan terhadap kesihatan semakin meningkat.

Kerajaan sedang meningkatkan siasatan terhadap penggunaannya termasuk melarang jualan vape yang dijangka menjejaskan pengeluar seperti Juul dan KT&G.

Awalnya, vape digunakan sebagai alternatif bagi membantu para pengguna berhenti merokok.

Tetapi negara-negara di dunia mula menarik balik penggunaan vape disebabkan peningkatan terhadap isu-isu kesihatan.

“Situasi semasa dipertimbangkan sebagai risiko serius kepada kesihatan awam,” kata Menteri Kesihatannya, Park Neung-hoo.

Menurut beliau, masalah paru-paru telah dikaitkan dengan penggunaan e-rokok di Amerika Syarikat.

Sebanyak 33 kematian misteri dan 1,479 kes akibat masalah pernafasan dikaitkan dengan vape.

Park berkata, kerajaan sedang menjalankan kajian sendiri untuk mengenal pasti secara saintifik sebelum mengharamkan jualan cecair vape yang mengandungi nikotin. – MalaysiaGazette