Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, kekukuhan ekonomi negara bersandarkan kepada lapan faktor iaitu pertumbuhan yang mantap dan stabil.
KLCC mercu tanda Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR – Malaysia harus memudahkan cara untuk mendapatkan pinjaman, menguatkuasakan kontrak dan menyelesaikan isu-isu insolvensi bagi memudahkan lagi  menjalankan perniagaan di negara ini, kata Bank Dunia.

Penganalisisnya, Viktoriya Ereshchenko berkata, bagi memudahkan lagi cara untuk mendapatkan pinjaman, Malaysia boleh menimbangkan untuk mereka satu rangka kerja undang-undang bersepadu bagi transaksi selamat.

Dari segi penguatkuasaan kontrak pula, beliau berkata, ianya masih lagi rendah dari segi masa dan kos untuk menguatkuasakan kontrak melalui undang-undang berbanding negara-negara Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) yang lain

Ereshchenko bercakap semasa sidang media sempena pelancaran Laporan Menjalankan Perniagaan Bank Dunia 2020.

Semalam, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Darell Leiking mengumumkan Malaysia berjaya menduduki tangga ke-12 dalam kalangan 190 negara seluruh dunia mengikut Laporan Menjalankan Perniagaan Bank Dunia 2020, naik tiga anak tangga berbanding 15 sebelum ini.

Katanya, ranking lebih baik itu disebabkan oleh kerjasama dan komitmen ahli-ahli sektor swasta dan kerajaan yang berada dalam kumpulan-kumpulan kerja teknikal di bawah Pasukan Petugas Khas Pemudahcara (Pemudah) yang menambah baik persekitaran menjalankan perniagaan.- MalaysiaGazette

Malaysia duduki tangga ke-12 Laporan Menjalankan Perniagaan Bank Dunia