KUALA LUMPUR – Tenaga Nasional Berhad (TNB) menasihatkan orang ramai agar tidak terpedaya dengan iklan berkaitan temuduga terbuka Konstabel Polis Bantuan (TNB) yang tular di aplikasi WhatsApp baru-baru ini.
Syarikat utiliti negara itu dalam satu kenyataan memberitahu, pengambilan warga kerja TNB hanya dibuat menerusi iklan di laman web syarikat https://www.tnb.com.my/about-tnb/ >>ELECTRIFYINGCAREERS atau https://jobs.tnb.com.my.
“Orang ramai juga dinasihatkan agar tidak berkongsi iklan palsu berkenaan. Setakat ini, mesej tersebut dikesan tular di negeri Perak.
“TNB juga tidak menggunakan saluran WhatsApp atau pihak ketiga untuk mengiklankan kekosongan jawatan,” katanya.- MalaysiaGazette