TERKINI : Tutup Utusan Melayu Dirancang Lebih Awal – Tan Sri Khalid Yunus

AMPANG – Kelab Veteran Utusan Melayu Malaysia (KVUM) mendakwa penutupan operasi syarikat akhbar itu telah dirancang lebih awal.

Presidennya, Tan Sri Khalid Yunus berkata, ia dapat dilihat dalam tempoh bermula 23 Ogos lalu hingga 7 Oktober lalu apabila berlaku pemindahan saham milik Utusan Melayu Sdn. Bhd. secara terancang kepada syarikat-syarikat di mana pemiliknya adalah individu yang sama.