Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

KUALA LUMPUR – Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar memberi amaran terhadap kegiatan pemburu haram di kawasan hutan di negeri itu.

Baginda juga menggesa Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) serta agensi penguatkuasaan lain meningkatkan operasi rondaan di kawasan hutan di Johor.

“Amaran saya kepada pemburu tempatan, warga asing dan juga masyarakat Orang Asli jika mereka memburu harimau atau binatang lain maka awak akan diburu semula.

“Saya mahu Perhilitan tingkatkan operasi dan rondaan bagi membanteras kegiatan atau aktiviti pemburuan haram di hutan-hutan di Johor,” titah baginda dalam kenyataan di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Sultan Ibrahim turut bertitah, Johor kaya dengan flora dan fauna dan ia perlu sentiasa dipulihara serta dijaga dengan sebaiknya.

Titah Sultan Johor lagi, baru-baru ini baginda dimaklumkan mengenai penemuan empat harimau termasuk dua harimau putih berhampiran Sungai Sayong, di Kota Tinggi, Johor. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast