Adly Zahari

MELAKA – Kerajaan negeri Melaka yang dibentuk oleh Pakatan Harapan akan terus fokus terhadap tanggungjawab melaksanakan amanah yang diberikan oleh rakyat dan tidak perlu melayani desas-desus tentang menukar kerajaan negeri melalui ‘pintu belakang, kata Ketua Menteri Adly Zahari.

Adly, yang juga Pengerusi PH Melaka, berkata beliau yakin kerjasama parti komponen PH di negeri ini kekal kukuh kerana masing-masing amat memahami amanah yang dipikul demi memberikan kehidupan lebih baik kepada rakyat.

Beliau berkata kerajaan negeri Melaka menjadi sasaran ‘desas-desus’ pertukaran kerajaan negeri melalui ‘pintu belakang’ itu adalah kerana kerajaan negeri dipimpin PH berjaya melaksanakan manifestonya pada pilihan raya umum lepas selain merealisasi pelbagai inisiatif berkesan untuk rakyat.

“Kalau kita lihat dalam sistem kerajaan kita memang lah kita melalui sistem demokrasi dan bila kita jadi kerajaan, ada yang mahu ambil alih kerajaan tetapi bagi saya yang paling penting (ambil alih kerajaan) mengikut perlembagaan yang sedia ada selama ini.

“Perlu kita ikut demokrasi ini, kalau kita mahu jadi kerajaan ikut lah demokrasi yang dipilih rakyat,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan program Bazar Peduli Rakyat Negeri Melaka di Bukit Baru di sini hari ini.

Semalam, sebuah portal berita melaporkan dakwaan wujud usul untuk menggantikan kepemimpinan Adly melalui pembentukan kerajaan ‘pintu belakang’ melalui kerjasama dua anggota exco kerajaan negeri yang tidak dinamakan.

Bagaimanapun semalam, Bernama melaporkan 14 Anggota Dewan Undangan Negeri Melaka daripada PH termasuk 10 exco menyatakan sokongan kepada Adly sebagai Ketua Menteri Melaka dan menolak usaha memperlekeh mandat rakyat serta membelakangi prinsip demokrasi melalui pilihanraya.

Adly berkata isu dimainkan pihak tertentu itu sememangnya menjadi cabaran namun tidak sekali-kali mematah semangat atau mengganggu fokus PH Melaka yang kini sedang berusaha sedaya mungkin untuk memberi kehidupan lebih baik untuk rakyat dan dalam masa sama membangunkan negeri ini.

“Tetapi semua pihak termasuk pembangkang perlu mainkan peranan bangunkan negeri serta negara ini, jadi prinsip bangunkan negara ini bukan tangungjawab kerajaan semata-mata tetapi pembangkang dan seluruh rakyat Malaysia,” katanya.- BERNAMA

ARTIKEL BERKAITAN:

Giliran DUN Melaka bergegar

1 Komen

  1. Mcm mana Amanah boleh jadi KM melaka????
    Bagus tukar ke PKR Sebagai KM baru Sbb lepas ni pun PM8 dari PKR.
    Untung Melaka….

Comments are closed.