Foto Instagram Zlatan Ibrahimovic.

AMERIKA SYARIKAT – Penyerang Zlatan Ibrahimovic mencetuskan kontroversi apabila meluahkan kemarahannya kepada penyokong-penyokong lawan dengan memegang kemaluannya selepas aksi LA Galaxy bertemu LAFC.

Pemain berusia 38 tahun itu ternyata kecewa apabila pasukannya tewas 5-3 di tempat lawan

Ketika berjalan ke bilik persalinan selepas tamat perlawanan, Ibrahimovic dalam keadaan yang marah turut memegang kemaluannya ke arah penyokong lawan.

Dia bertindak demikian selepas terpandang salah seorang penyokong LAFC sedang meraikan kemenangan.

Salah seorang staf LAFC tampil Ibrahimovic gara-gara tindakan itu, namun dihalang oleh pegawai bertugas.

Pada sidang media, Ibrahimovic menjawab pertanyaan mengenai tindakannya itu.

“Stadium Ini terlalu kecil buat saya. Biasanya saya bermain di hadapan 80,000 penonton. Ini adalah tempat saya berjalan di taman,” katanya.

Ibrahimovic belum mengesahkan masa depannya musim depan sama ada bersara hujung musim ini.

Bekas pemain Barcelona, Paris Saint-Germain, Juventus dan Manchester United dan Inter Milan ini dikaitkan akan kembali ke Eropah, namun belum ada keputusan dibuat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast