Penyanyi Indonesia, Krisdayanti

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal Indonesia, Krisdayanti tampil menjelaskan status yang dimuat naik suami Raul Lemos di Instagram berkaitan hal kecurangan.

Krisdayanti berkata, rumah tangga mereka berada dalam keadaan aman dan status itu tiada kaitan dengan perkahwinan yang dibina lapan tahun itu.

“Wah jangan bimbang… Alhamdulillah baik dan kami baru kembali dari Dili atas urusan kerja.

“Kalau berkaitan status curang ia tidak semestinya tentang rumah tangga yang tidak sihat. Boleh juga kerana pekerjaan,” ujarnya seperti dipetik Liputan 6.

Penyanyi lagu Menghitung Hari itu mengulas tentang status suaminya yang menjadi viral sejak Khamis.

Menerusi posting itu, Raul Lemos memuat naik sebuah artikel tentang kecurangan.

Pasangan ini berkahwin pada tahun 2011.

“Sekali curang, sudah pasti curang lagi dan lagi. Stigma yang satu ini sudah sangat melekat dalam masyarakat,” antara ayat yang dimuat naik menerusi posting tersebut.

Perkara itu menimbulkan spekulasi dalam kalangan netizen.

Rata-ratanya mula mengesyaki hubungan pasangan ini sedang dalam masalah.

Sementara itu, Krisdayanti berharap rumah tangganya kekal bahagia sehingga ke akhir hayat.

“Namanya manusia, kita berusaha agar semua baik dalam rumah tangga dan kehidupan masa depan,” ujarnya.

Krisdayanti sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi apabila dilaporkan berpisah dengan bekas suaminya komposer Anang Hermansyah selepas menjalinkan hubungan dengan Raul Lemos.

Krisdayanti berkahwin dengan ahli perniagaan dari Timor Leste itu pada tahun 2011 dan dikurniakan dua cahaya mata.

Dia turut mempunyai dua orang anak hasil perkahwinan dengan Anang Hermansyah. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast