KUALA TERENGGANU – UMNO mengalu-alukan sekiranya Pas mahu menggunakan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) untuk mengadakan muktamar tahunannya tahun depan.

“Saya pernah berbisik kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, sekiranya Muktamar Pas tahun depan mahu berpindah ke PWTC, ‘ahlan wasahlan’.

“Selama 61 tahun Pas terseksa jadi pembangkang, insya-Allah lepas menang dalam PRU-15, kita sama-sama duduk dalam satu kabinet.

“Kita berusaha, bertawakal dengan izin-Nya, Putrajaya sudah mesti milik kita dalam PRU15,” katanya Himpunan Penyatuan Ummah (HPU) peringkat Terengganu di Stadium Negeri malam tadi.

Ahmad Zahid juga malam tadi meminta maaf secara terbuka kepada kepimpinan Pas ekoran kekalahan dalam PRU-14 lalu.

“Mungkin Allah SWT mahu turunkan pengajaran disebabkan kifarah kesilapan yang berlaku sejak 61 tahun.

“Justeru saya mewakili seluruh kepimpinan UMNO memohon maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki daripada seluruh kepimpinan Pas.

“Tiada beza sama ada berkopiah putih atau bersongkok hitam, kita semua adalah satu ummah dan satu perjuangan.

“Ketepikan perbezaan pendapat dalam kalangan kita, apabila kita mahu bertasawwur (konsep kehidupan Islam) perkara pokok yg perlu ada pada diri kita ialah keikhlasan.”

Keikhlasan dalam hubungan yang terjalin antara UMNO dan Pas ini bukan sekadar retorik semata-mata, kita menuju satu matlamat yang sama demi penyatuan ummah,” katanya.- MalaysiaGazette