KUALA LUMPUR – Jenazah anak pelakon Fauziah Nawi yang lemas di Sungai Jelai, dekat Kampung Mela, Lipis telah ditemui sebentar tadi.

Perkara itu disahkannya menerusi Live Facebook.

”Alhamdulillah jenazah anak saya telah ditemui sebentar tadi, berakhirlah sudah hayat anak saya,” katanya.

Jenazah Mohd Firdaus Mohd Hanif atau Pitt Hanifujarnya akan dihantar ke Hospital Kuala Lipis sebelum dibawa balik ke Kuala Lumpur.

Kata Fauziah, perkara itu dimaklumkan oleh adiknya, Mohd Fauzi Nawi yang turut menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR) di lokasi kejadian.

Fauziah memohon agar tidak dihubungi menerusi telefon buat sementara waktu ini kerana masih terkejut dan tidak dapat menahan rasa sedih kehilangan anak lelakinya itu. -MalaysiaGazette