Ketua Polis Daerah Tapah Supt Wan Azharuddin Wan Ismail berkata kemalangan pada 11.15 malam itu melibatkan sebuah lori jenis Isuzu, kenderaan pacuan empat roda jenis Pajero, Perodua Myvi dan Axia, Honda Accord serta dua buah treler.

KUANTAN – Operasi mencari dan menyelamat pengarah filem, Firdaus Hanif, 43, yang dikhuatiri lemas di Sungai Jelai, Kuala Lipis semalam, diperluas sehingga 30 kilometer dari lokasi mangsa kali terakhir dilihat.

Ketua Polis Daerah Lipis, Supt Azli Mohd Noor berkata, operasi dimulakan pada 8 pagi tadi dengan melibatkan 15 bot, selepas dihentikan 7 malam.

“Operasi hari ini disertai 74 individu termasuk anggota dan pegawai daripada polis, bomba, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta penduduk setempat.

“Lima anggota daripada pasukan penyelam bomba juga turut serta dalam operasi hari ini,” katanya ketika dihubungi.

Semalam, mangsa dilaporkan hilang berhampiran Jambatan Gemunchur di Mela selepas bot fiber dinaikinya bersama rakan untuk memancing terbalik dengan rakannya ditemui selamat.

Azli berkata, arus di sungai berkenaan kini dalam keadaan deras dan pencarian bertumpu di permukaan buat masa ini.

Difahamkan Firdaus, yang juga dikenali sebagai Pitt Hanif, adalah anak kepada pelakon Fauziah Nawi. – Bernama