Annuar Musa.

KUALA LUMPUR – Calon lebih berkualiti akan ditampilkan oleh Barisan Nasional (BN) Pilihanraya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai.

Itu kata Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa.

“Calon BN utk PRK Tanjung Piai boleh di umumkan malam esok setelah BN selesai hari ini membuat evaluasi calun Bersatu (PPBM) dan calon Gerakan yang diumumkan lebih awal,” katanya dalam ciapan Twitternya hari ini.

Menurut Annuar, BN esok akan meletakkan calon yang boleh berkhidmat kepada semua kaum selari dengan hasrat rakyat.

Semalam, Pakatan Harapan menamakan Ketua Bahagian Bersatu Tanjung Piai, Karmaine Sardini sebagai calon manakala Gerakan pula mempertaruhkan seorang peguam, Wendy Subramaniam dalam PRK Tanjung Piai.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast