TERKINI : Majoriti Anak Muda Miskin Terlibat Dengan Dadah – Syed Saddiq

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, berkata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengarahkan agar satu jawatankuasa khas dalam usaha menyahjenayahkan penagihan dadah dipercepatkan.

Arahan itu diberikan pada Mesyuarat Kabinet minggu lalu bagi kerajaan membincangkan bagaimana untuk membezakan antara penagih dan pengedar dadah, serta kaedah membantu mereka yang terbabit dengan masalah penagihan dadah, bagi menggantikan hukuman penjara.