KUALA LUMPUR – Bagi isu maklumat e-hailing yang berbeza dengan pemilik kenderaan, pemohon diminta merujuk
kepada e-hailing Operator (EHO) untuk mengemaskini semula maklumat e-hailing Vehicles Permit (eVP).

Ini kerana, pihak Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) akan mengemukakan semula maklumat eVP kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ berkata, APAD hanya akan meluluskan eVP kepada pemilik sahaja, justeru, maklumat eVP mestilah sama dengan nombor ID pemilik kenderaan.

Dalam kenyataan di sini, JPJ berkata, langkah-langkah yang dibuat itu bagi menyelesaikan isu memperbaharui Lesen Kenderaan Motor (LKM) bagi kenderaan e-hailing.

Menurutnya, sebarang aduan ataupun pertanyaan berkaitan perkara ini, orang ramai boleh menghubungi JPJ di talian 03-80008000 ataupun boleh dihantar melalui http://jpj.spab.gov.my. JPJ prihatin terhadap masalah yang dihadapi dan sentiasa bersedia menghulurkan bantuan demi meningkatkan profesionalisme industri e-hailing di negara ini. – MalaysiaGazette