TERKINI : JPM (AGAMA) Akan Semak “Latar Belakang Pendakwah Asing” Sebelum Beri Kebenaran – Mujahid

KUALA LUMPUR – Langkah Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam melakukan proses semakan latarbelakang pendakwah luar yang datang ke negara ini untuk mengadakan ceramah keagamaan akan diteliti dan diperiksa latar belakang terlebih dulu disambut baik Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa.

Menurut beliau, negara yang terdiri daripada pelbagai agama dan kaum amat ‘rapuh’ untuk dicerobohi oleh dakyah-dakyah luar yang belum tentu elok untuk kepelbagaian budaya di negara ini.

“Ini sangat penting kerana keselamatan negara amat penting dan ini perkara paling utama.

“Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan agama, ia sangat rapuh apa pun boleh terjadi. Bila masa kita nak jaga kepentingan kita sudah pasti kepentingan negara akan jadi keutamaan,” katanya di lobi Parlimen, hari ini.