Bangunan Perdana Putra (PMO). foto HAZROL ZAINAL, 02 NOVEMBER 2018.

KUALA LUMPUR – Malaysia yang akan mejadi tuan rumah persidangan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) pada tahun depan akan memastikan peralihan yang licin berikutan keputusan Chile untuk membatalkan persidangan itu pada tahun ini

Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri, Malaysia memahami keputusan yang diambil Presiden negara itu, Sebastián Piñera untuk membatalkan penganjuran persidangan tersebut sedangkan banyak usaha dan sumber telah dilaburkan Chile.

“Kami bersetuju bahawa kepentingan orang ramai dan mengajukan kekhuatiran mereka kekal menjadi keutamaan kerjaaan Chile.

“Kami berdoa agar kestabilan dapat dikekalkan di Chile tidak lama lagi,” kata kenyataan itu.

Sebagai Pengerusi dan tuan rumah APEC seterusnya, menurut kenyataan itu, Malaysia menawarkan sokongan kepada Chile dalam mengekalkan semua pencapaian yang dilakukan pada tahun ini dan merealisasikannya seperti yang disasarkan.

Katanya, atas semangat itu, Malaysia melihat ke hadapan untuk bekerjasama dengan Chile dan negara lain dalam mengekalkan pencapaian tersebugt dan menyempurnakan baki-baki kerja untuk tahun ini. – MalaysiaGazette