TERKINI : Tukar Lesen Memandu Negara Asing Berkuatkuasa Esok – KP JPJ

Rakyat Malaysia yang memperoleh lesen memandu di negara asing boleh menukar kepada lesen memandu Malaysia menerusi pelaksanaan pertukaran lesen berkuat kuasa esok.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Seri Shaharuddin Khalid berkata, ia akan melibatkan rakyat Malaysia yang sebelum ini mendapat lesen memandu di luar negara

Beliau berkata, menerusi pelaksanaan itu juga, peserta program Malaysia My Second Home (MM2H) turut berpeluang untuk membuat pertukaran kepada lesen memandu Malaysia.

Katanya, memandangkan pelaksanaan itu melibatkan peserta MM2H, permohonan pertukaran hanya boleh dibuat di Ibu Pejabat JPJ dan pejabat negeri sahaja.