Lokman Noor Adam slander Syariah Chief Judge Dr Mohd Na’im Mokhtar sexual harassment
Lokman Noor Adam

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam beranggapan tindakan mahu mengenakan bon mahkamah ke atasnya bertujuan menutup mulutnya menegur kepincangan Pakatan Harapan (PH).

Beliau hairan kenapa secara tiba-tiba ada 17 kertas siasatan ke atasnya.

“Apa yang mereka takut sangat dengan kenyataan saya? Masih hendak nafikan hakikat bahawa Mahathir dan Anwar akan perang (menentang satu sama lain) tidak lama lagi?

“Ianya bukan rahsia lagi bahawa Mahathir memang tidak akan menyerahkan kerusi Perdana Menteri kepada Anwar!” katanya dalam kenyataan di media sosialnya semalam.

Lokman seterusnya menganggap zaman pemerintahan sekarang tidak ada lagi kebebasan bersuara kerana beliau sendiri ditahan beberapa kali hanya kerana membuat laporan polis sahaja.

“Kerajaan PH hari ini semakin terdesak menutup mulut saya apabila mereka mula menutup akaun Facebook saya, Instagram dan Youtube saya.

” Apabila saya membuat laporan polis berhubung pengakuan Datuk Amhari mengambil rasuah USD 200,000 dari Jho Low, terima gaji RM25,000 sebulan dari syarikat swasta dan terima RM3.7 juta dalam akaunnya di BSI Swiss, saya pula hendak didakwa menghina mahkamah.

“Ini belum lagi saya senaraikan, nama-nama pimpinan Pakatan Harapan yang telah digugurkan pendakwaan mereka oleh Jabatan Peguam Negara,” katanya.

Dalam pada itu, beliau juga menyelar sikap sesetengah pimpinan UMNO yang didakwanya mahu menjayakan agenda Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengheret ahli parlimen Barisan Nasional (BN) memberikan nyawa kepada Mahathir.

“Kita telah berjaya mengharungi segala rintangan sepanjang tempoh 17 bulan menentang rejim Mahathir-DAP ini. Rakyat kini berdiri teguh dibelakang BN dan Pas. Tidak ada sebab kita perlu tunduk dengan regim zalim ini,” dakwanya.

Menurutnya, jentera BN seluruh negara perlu memastikan PPBM kalah di PRK Parlimen Tanjung Piai kerana kemenangan BN di akan memberikan isyarat jelas bahawa kepimpinan Mahathir ditolak oleh rakyat dan Mahathir wajib menyerahkan kembali kuasa kepada rakyat untuk memilih kerajaan baru dengan membubarkan Parlimen.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Polis cadang Lokman Adam dikenakan bon mahkamah