Chris Smalling

LONDON – Bek tengah, Chris Smalling dilaporkan semakin hampir berpisah dengan Manchester United selepas menikmati musim pertama yang hebat bersama AS Roma.

Metro melaporkan, dia yang kini merupakan pemain pinjaman akan berpindah ke kelab Itali itu secara tetap.

Perpindahan tersebut dijangka dilengkapkan pada minggu depan dengan nilai yang cukup rendah terutamanya bagi pasaran bola sepak Inggeris.

Bayaran sebanyak €12 juta akan diberikan termasuklah dengan bonus bernilai €3 juta akan ditambah untuk melengkapkan perpindahan sebanyak €15 juta secara keseluruhan.

Sekiranya perpindahan ini berlaku, pastinya berita baik buat Smalling untuk memberi fokus di Itali.

Malah lebih menarik, Smalling juga telah menjaringkan gol untuk AS Roma selepas beliau mengegar gawang Genoa dalam kemenangan 4-0 dalam aksi liga baru ini.

Namun difahamkan, United telah menetapkan harga £17 juta selepas mengadakan perbincangan dengan AS Roma.

Smalling telah beraksi lebih 300 penampilan untuk United selepas ditandatangani dari Fulham pada 2010 apabla turut membantu Red Devils memenangi dua gelaran Liga Perdana, Liga Europa dan Piala FA. – MalaysiaGazette