Ketua Polis Daerah Tapah Supt Wan Azharuddin Wan Ismail berkata kemalangan pada 11.15 malam itu melibatkan sebuah lori jenis Isuzu, kenderaan pacuan empat roda jenis Pajero, Perodua Myvi dan Axia, Honda Accord serta dua buah treler.

PONTIAN- Beberapa jalan utama di sekitar Pusat Penamaan Calon akan ditutup berikutan hari penamaan calon Pilihan Raya Kecil Parlimen Tanjung Piai esok.

Ibu Pejabat Polis Daerah Pontian dalam kenyataan hari ini berkata, penutupan jalan itu bermula pada pukul 8 pagi sehingga 12 tengahari pada 2 November ini.

Jalan-jalan yang akan terlibat adalah di sekitar Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Pontian dan kawasan sekitarnya.

“Laluan yang akan ditutup esok sempena penamaan calon adalah Jalan Osman, Jalan Ismail, Jalan Dewan,” kata kenyataan IPD Pontian hari ini.

Bagaimanapun, beberapa jalan alternatif telah dibuka untuk aliran memastikan kelancaran trafik orang ramai iaitu Jalan Bakek, Jalan Al-Sagoff dan Jalan PT.Mesjid.

IPD Pontian turut memaklumkan Jalan Ismail akan menempatkan calon dan penyokong parti Pakatan Harapan dan Jalan Osman untuk calon parti Barisan Nasional).

Manakala Jalan Dewan sayap kiri hadapan Dewan Jubli Intan dikhususkan kepada parti Gerakan dan parti calon bebas di bahagian sayap kanan hadapan Dewan Jubli Intan.

Masyarakat Pontian dinasihatkan supaya memberi kerjasama sepenuhnya kepada petugas dab urusetia PRK yang sedang bertugas semasa hari penamaan calon esok.

Mereka diminta mengelak daripada menggunakan jalan utama dan mengakses jalan alternatif yang disediakan demi kelancaran trafik sepanjang proses penamaan calon.

Orang ramai boleh menghubungi talian Hotline Polis Johor di 07-2212999 untuk sebarang pertanyaan lanjut

Semua petugas dan individu yang terlibat proses penamaan calon disarankan hadir awal dan meletakkan kenderaan di tempat yang disediakan.

Kenderaan awam dilarang sama sekali untuk meletakkan kereta di tepi jalan sebagai mengelak gangguan trafik dan tindakan penundaan kereta akan dilaksanakan tanpa kompromi terhadap kenderaan yang didapati menghalang lalu lintas esok.-MalaysiaGazette