Buku Harapan yang mengandungi 10 janji 100 hari, 60 janji 5 tahun.
Buku Harapan yang mengandungi 10 janji 100 hari, 60 janji 5 tahun

KUALA LUMPUR – Sejak wujud media sosial, rakyat Malaysia sudah tidak mudah lupa tentang janji-janji yang dibuat oleh kerajaan Pakatan Harapan.

Pengerusi MCA Negeri Terengganu, Chew Sir Boon berkata, sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14, Tun Dr Mahathir Mohamad menggunakan video menangis untuk meraih undi rakyat.

“Janji banyak, selepas kami pakatan harapan mengambil alih, kami akan….

“Selepas ambil tampuk kepimpinan, kerajaan telah melaksanakan…tol dah hapus, PTPTN dah hapus, free education for all gaji minimum dah naik RM1,500, minyak turun, BRIM naik RM2000, hutang Felda hapus, royalti minyak naik 20%,” sindirnya.

Chew mengulas kenyataan Perdana Menteri semalam bahawa hanya calon kerajaan saja boleh tunaikan janji.

Jelas beliau, tidak ada maknanya janji yang dibuat parti lawan.

“Dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lalu, gabungan parti lawan oleh Pakatan Harapan (PH) membuat janji kerana kita percaya, kita akan menang.

“Tetapi dalam PRK, janji tidak mempunyai makna, kalau dibuat parti lawan,” kata Dr Mahathir ketika berucap Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Bin Chong di Pontian. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast