SuruhanJaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Putrajaya. foto SYAFIQ AMBAK, 09 APRIL 2019

KUALA LUMPUR – Elak jenayah rasuah semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai.

Itu nasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“SPRM menasihatkan semua calon dan parti politik yang bakal bertanding agar mematuhi undang-undang dan peraturan pilihan raya, selaras dengan Akta SPRM 2009 dan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Pindaan 2012).

“Bagi pemantauan dan penyelarasan, SPRM akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Polis Diraja Malaysia bagi memastikan PRK P165 Parlimen Tanjung Piai yang bakal berlangsung bebas daripada aktiviti rasuah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

SPRM hari ini juga telah melancarkan bilik gerakan bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan sebarang perbuatan rasuah atau salah guna kuasa jika berlaku pada PRK Parlimen Tanjung Piai.

Bilik gerakan PRK Parlimen Tanjung Piai yang beroperasi 24 jam itu ditempatkan di Kompleks Pejabat SPRM Johor, Jalan Persiaran Tanjung, Peti Surat 6000, Tampoi, Johor Bahru.

Selain itu, orang ramai juga boleh menyalurkan maklumat atau aduan menerusi e-mel ke [email protected] atau menghubungi talian 07-213 600/07-213 6170 atau 019-654 4680 atau faks 07-2356982.- MalaysiaGazette