Azhar Azizan Harun

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangka keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai akan diumumkan sebelum pukul 10 malam pada 16 November ini.

Pengerusinya, Datuk Azhar Azizan Harun juga berkata, pihaknya akan menyiarkan proses pengiraan undi secara langsung menerusi Facebook.

Ia sebahagian daripada usaha penambahbaikan selain menyediakan dua saluran kepada pengundi berusia 60 tahun ke atas dan waktu mengundi dipanjangkan sehingga 5.30 petang.

“SPR juga akan menambah 26 saluran baharu di Pusat Mengundi yang ramai pengundi daripada 101 saluran kepada 127 saluran.

“Pengundi OKU mengundi di saluran 1. Seramai 981 orang pengundi OKU telah dikenal pasti dan berdaftar dengan JKM,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Menurut Azhar, pihaknya juga menjangka peratusan keluar mengundi sebanyak 70 peratus.-MalaysiaGazette