Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Big Blue Capital (M) Sdn Bhd, Datuk Shamsubahrin Ismail.

KUALA LUMPUR – Semalam, Datuk Shamsubahrin Ismail berhasrat menjadi calon bebas Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai.

Nampaknya hasrat Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Big Blue Capital (M) Sdn Bhd itu tidak kesampaian.

Sehingga proses penamaan calon selesai pagi ini, tidak ada kelihatan kelibat Shamsubahrin.

Pasukannya dilihat sudah berada pusat penamaan calon namun Shamsubahrin tidak kunjung tiba.

Difahamkan, ketidakhadiran beliau ada kaitan dengan masalah kesihatan kerana sebelum itu Shamsubahrin menghadapi masalah jantung.

Beliau hari ini dikatakan masih lagi menerima rawatan susulan di Hospital di Prince Court Medical Centre Kuala Lumpur.

Semalam, semasa sidang media beliau masih dalam proses rawatan.

Beliau sebelum itu berkata, sekiranya memenangi PRK Tanjung Piai antara perkara yang mahu diperjuangkan ialah merombak sistem dalam Kementerian Pengangkutan.- MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Satu kerusi jika menang nak merombak kerusi majoriti ph utk ubah sistem kementerian penganngkutan.
    Ini teori dari mana?

Comments are closed.