Shamsul Anuar Nasarah

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan UMNO mempertikaikan kenyataan Lim Guan Eng yang berharap supaya kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai tidak dipenuhi sentimen seperti kaum dan agama.

Setiausaha Agung DAP itu berkata:” Biar kempen ini berjalan tanpa isu-isu sentimen. Marilah kita berkempen secara bersih, lawan satu sama lain berdasarkan dasar, bukan bertanding atas dasar fitnah dan tohmahan yang tidak berasas”.

Mengulas kenyataan tersebut, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, kenyataan yang dikeluarkan oleh Guan Eng itu betul kerana semua pihak perlu mengamalkan politik matang dan sihat.

Namun, persoalannya, sewaktu Guan Eng menjadi pembangkang, beliau adalah ‘kaki fitnah’.

Pelbagai isu dan cerita tidak betul serta fitnah beliau dan sekutunya lakukan terhadap pimpinan dan parti UMNO dan BN.

Malah, dakwanya apabila menjadi kerajaan pun Guan Eng masih melakukan fitnah dan cerita tidak benar.

“Dia kata Hutang Malaysia RM1 Trilion. Bukankah ini fitnah dan bohong ?

“Dia kata Malaysia nak bankrap ? Ini bukan finah ke ?

“Dia tipu dan fitnah, BN rompak duit refund GST ?

“Isu Tabung Haji, Felda dan banyak lagi LGE tipu.

“Kerana penipuannya, Ringgit jatuh. Saham di Bursa Malaysia jatuh. Pelabur hilang minat melabur,” katanya melalui hantaran di Facebook.

Dakwa Shamsul lagi, oleh itu, Guang Eng yang suka fitnah, putar-belit dan penipu dan kerana itu DAP menjadi punca kerajaan Pakatan Harapan teruk. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Kan negara ini uu berjalan dgn baik.
    Jika ada unsur fitnah.
    Sila lah buat laporan polis.

    Selama ini yg banyak kena bayar saman fitnah adalah pemimpin @ kroni um-nopas

    Jadi rakyat yg menilai um-nopas lah kaki fitnah tegar.

Comments are closed.