TERKINI : “Rahsia Percaturan BN” Pilihan Raya Macam Main Bola – Tok Mad Hassan

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan masih merahsiakan percaturan politik yang akan digunakan Barisan Nasional (BN) bagi merampas kembali kerusi Parlimen Tanjung Piai pada Pilihan Raya Kecil (PRK) yang sedang berlangsung.

Menurut beliau, BN tidak mempunyai sebarang percaturan lagi dalam misi itu dan hanya menasihatkan agar jentera parti bekerja lebih kuat untuk kemenangan pertama MCA selepas Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14), tahun lalu.