Foto Indiantimes.com

CHANTHABURI, Thailand  – Seekor anjing membuktikan kesetiaannya apaila menungu di tepi sungai iaitu lokasi pemiliknya dipercayai mati lemas.

Kejadian menyentuh hati itu berlaku di Chanthaburi, Thailand apabila Somprasong Srithongkhum, 56, dikatakan tergelincir ke dalam sungai.

Sepupu mangsa yang tiba di lokasi melihat anjing peliharaan itu sedang berada di tepi sungai.

Dia yang terkejut bagaimanapun bersyukur kerana kesetiaan anjing itu menunggu di tepi sungai menjadi petunjuk sehingga mereka menemui mayat sepupunya

“Saya mencari sepupu di sekitar tebing sungai namun temui Mhee (anjing peliharaan Somprasong).

“Di sebelah Mee adalah selipar Somprasong,” katanya memetik laporan Mirror.co.uk. – MalaysiaGazette