Abdul Hadi Awang

KUALA LUMPUR – Disebabkan Presiden Barisan Jemaah Islamiah Malaysia (Berjasa), Datuk Dr. Badhrulhisham Abdul Aziz  bertanding di Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai maka Pas akan mengkaji semula kerjasama parti dalam Gagasan Sejahtera.

Menurut Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, ia berikutan melanggar keputusan yang dicapai oleh parti itu untuk tidak meletakkan calon dan menyokong calon MCA, Datuk Dr. Wee Jeck Seng.

“Kita tidak setuju dia (Presiden Berjasa) bertanding. Itu terpulang kepada dia (untuk bertanding) dan kita tidak setuju dia bertanding.

“Kerjasama dengan Berjasa, itu kita akan kaji dari masa ke semasa,” katanya ketika ditemui media di lobi Parlimen hari ini.

Sabtu lalu, Pas secara terbuka mengarahkan semua ahli dan pengundi parti itu untuk mengundi Jeck Seng.

Perkara itu diketengahkan Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan.

Pada hari penamaan calon di PRK Tanjung Piai Sabtu lalu, Berjasa mengetengahkan Badhrulhisham sebagai calon biarpun tidak direstui Pas.

Justeru itu satu arahan daripada Pas Pusat dikeluarkan Takiyuddin mengarahkan kesemua ahli parti itu mengundi Jeck Seng pada 16 November depan.

Ketika ini, Pas bekerjasama rapat dengan Berjasa dan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) yang membentuk Gagasan Sejahtera sebagai blok kuasa ketiga dan diwujudkan pada tahun 2016.

Dalam pada itu, Hadi berkata Pas akan tetap menyeru ahlinya untuk mengundi calon MCA walaupun Jeck Seng merupakan salah satu parti yang pernah menolak pindaan Rang Undang-Undang Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355 sebelum ini.

Jeck Seng awal hari ini berkata, RUU355 yang dibawa oleh Hadi bertujuan menambah kuasa mahkamah syariah merupakan isu lampau, sehari selepas seorang senator Pakatan Harapan (PH) bertanya bagaimanakah Pas boleh menyokong calon MCA berikutan pendirian parti itu menolak langkah tersebut. -MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Hai lebai addul hadi kalau betul itu pendirian pas, sila arahkan ahli pas sembah tak pekong, mca tak pernah mendoakan kesejahteraan orang melayu islam, tetapi melayu islam walau berlainan pahaman politik tetap akan mendoakan kita sesama islam baik yang hidup mahupun yang mati, kepada berjasa teruskan ajenda kamu pedulikan lebai hadi, ingat dia dan orang-orang nya yang faham tentang ilmu ugama sahaja, biarkan dia angkoh bersekongkol dengan umnobn jahanam.

Comments are closed.