Kapal milik Ugland diserang lanun dalam kejadian Sabtu lalu. fotO Agensi

OSLO – Sebuah kapal milik firma perkapalan Norway, J.J UglandĀ  dicerobohi lanun ketika berada di luar perairan Benin pada Sabtu lalu.

Sembilan anak kapal turut diculik.

Baki kru kapal MV Bonita telah memaklumkan kejadian itu kepada pihak berkuasa dan kapal itu kini berlabuh di Pelabuhan Cotonou, menurut kenyataan syarikat itu.

“Pasukan Kecemasan Ugland sedang mengendalikan isu ini mengikut pelan kontigensi dan berhubung dengan pihak berkuasa yang relevan…keluarga anak-anak kapal juga sudah dihubungi dan akan terus dimaklumkan dari semasa ke semasa oleh Ugland,” katanya.

Aktiviti lanun semakin berkurangan, tetapi Teluk Guinea di Afrika Barat adalah kawasan berisiko tinggi untuk penculikan dan rompakan bersenjata, menurut Biro Maritim Antarabangsa, unit Dewan Perniagaan Antarabangsa dalam satu kenyataan bulan lepas.

Bagi alasan keselamatan, syarikat kapal itu tidak mendedahkan kewarganegaraannya dan berapa jumlah yang tidak culik. – MalaysiaGazette