EDS PLS TAKE NOTE OF THIS PTI PICK OF THE DAY:::::::: New Delhi: Commuters drive through heavy smog, a day after Diwali celebrations, in New Delhi, Thursday, Nov 08, 2018. According to the officials, Delhi recorded its worst air quality of the year the morning after Diwali as the pollution level entered 'severe-plus emergency' category due to the rampant bursting of toxic firecrackers. (PTI Photo/Ravi Choudhary)(PTI11_8_2018_000035B)(PTI11_8_2018_000101B)

NEW DELHI – New Delhi dan bandar-bandar berhampirannya kini berdepan pencemaran paling teruk dalam sejarah selepas Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencecah 900.

Kualiti udara itu terus merosot apabila melebihi paras 500 yang dianggap tidak masuk akal.

Pihak berkuasa di ibu negara India juga telah mengisytiharkan darurat kesihatan awam dan mengarahkan penutupan sekolah.

Jerebu teruk tidak berlaku berbanding tahun-tahun sebelum ini turut menyebabkan lebih 30 penerbangan terpaksa ditunda dan dibatalkan disebabkan penglihatan yang kurang jelas.

Fenomena itu juga telah memberi kesan dan menjejaskan kehidpuan lebih 40 juta penduduk yang mendiami bandar tersebut.

Simptom sakit mata dan sakit tekak meningkat secara mendadak serta ada yang menggunakan topeng sebagai pencegahan.

Jalan raya kelihatan sepi kerana kebanyakan penduduk memilih untuk tinggal di rumah supaya tidak terdedah kepada jerebu toksik di luar.

Ketua Menteri Delhi, Arvind Kejriwal menerusi satu entri di Twitter berkata, pencemaran di seluruh utara India telah mencecah tahap yang tidak boleh diterima. – MalaysiaGazette