Jho low
Low Taek Jho

KUALA LUMPUR – Saksi ke-9 tidak menolak kemungkinan Petrosaudi International (PSI) digunakan sebagai medium oleh ahli perniagaan dalam buruan,  Low Taek Jho atau Jho Low, untuk menipu.

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi tidak menyanggah hujah daripada Tan Sri Shafee Abdullah.

Peguam bela Datuk Sri Najib Razak itu merujuk kepada cadangan bahawa 1MDB untuk melabur dalam GDF Suez dengan memberikan faedah pemilikan 4.2 peratus kepentingan dalam syarikat itu.

GDF Suez merupakan syarikat utiliti yang berpangkalan di Perancis.

“Pada masa itu ia tidak jelas pada saya. Sekarang baru saya sedar adanya angka yang pelik. Ada kemungkinan yang mereka mempermainankan kami selama ini,” katanya di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah.

Pada mulanya Shahrol berkata, bekas Perdana Menteri konsisten kelihatan seperti penjamin PSI menerusi semua interaksinya berkenaan penilaian usahama syarikat itu dengan 1MDB sejak September 2009 sehingga Oktober.

Beliau turut mendakwa kebanyakan dana yang sepatutnya digunakan membiayai pembangunan Tun Razak Exchange (TRX) disalurkan kepada PSI.

Shahrol memaklumkan Mahkamah Tinggi bahawa pada 2010 syarikat itu bercadang membuat pinjaman bagi melaksanakan projek Daerah Kewangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIFD) dan di tapak Lapangan Terbang Tentera Udara Diraja Malaysia di Sungai Besi (Bandar Malaysia).

Bagaimanapun jelasnya, 1MDB gagal memperoleh pinjaman seperti yang dirancang iaitu RM5 bilion untuk TRX dan RM10 bilion untuk projek lain, namun hanya berjaya mengumpul RM1 bilion sahaja.

Tambahnya, pinjaman RM1 bilion itu hanya untuk projek TRX.

“Sebahagian yang sangat kecil digunakan untuk TRX, kalau ingatan saya betul. Kebanyakan (wang yang diperolehi) diguna untuk PSI. Sebagai tambahan kepada perjanjian murabaha yang kita perkatakan sebelum ini,” katanya. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Kita sebenar tidak perlu. Sekolah venicular ini. Tidak didunia yang melaksana kan nya kecuali di Malaysia, Sebenar bahasa bahasa bolih dipelajar sebagai bahasa kedua atau ketiga dan seterusnya! Itu tidak menjadi persoalan! Tetapi dua bangsa yang tidak tahu dek untung, apabila sudah di terima menjadi tetamu, ingat pula berkuasa menjadi tuan rumah??? Kesudahan nya tuan yang asal pula hendak ditendang nya keluar dari rumah nya, kalau beliau terlalu baik yang memusnahkan dirinya sendiri!!!
    Mistikah kita teruskan berlembut dan beralah, sahingga akhirnya kita yang akan kalah, dan merempat di bumi sendiri? Cuba kita lihat apa yang telah jadi kepada Melayu Singapura, ada beberapa kerat lagi mereka sekarang ini di Singapura? Ada kah mereka mempunyai kuasa untuk menentukan apa kemahuan dan hak mereka?.
    Jangan lah menjadi sesalan kemudian semua nya sudah terlambat nanti!!!

Comments are closed.