KULAI – Seorang pegawai kastam maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 18.2 Lebuh Raya Utara Selatan arah Utara di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Kulai, Supt Tan Seng Lee berkata, Mohd Saiful Adli Ibrahim, 35, yang cedera parah pada bahagian badan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian melibatkan dua kereta iaitu Toyota Vios dan Honda Civic serta sebuah motosikal Yamaha yang ditunggang oleh Mohd Saiful Adli itu, kira-kira 11.40 pagi.
“Bagaimanapun, Mohd Saiful Adli yang datang dari arah sama tidak sempat mengelak lalu melanggar bahagian kiri kereta Toyota Vios berkenaan sebelum dia tercampak ke kiri jalan raya, manakala motosikal pula tercampak di atas bumbung kereta Honda Civic,” katanya dalam kenyataan, hari ini.