TERKINI : Ubahsuai Basikal Lajak “Ibu bapa, Penjaga Boleh Didenda dan Penjara”

Ibu bapa ataupun penjaga boleh dikenakan denda tidak lebih RM2,000 dan penjara 5 tahun sekiranya terbukti mengabaikan keselamatan anak-anak di bawah umur yang terlibat dalam aktiviti basikal lajak.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Deputi Komisioner Polis (DCP) Datuk Azisman Alias berkata, pada masa ini, hanya ibu bapa atau penjaga terbabit boleh dikenakan tindakan berkenaan di bawah Seksyen 33, Akta Kanak-kanak.