Donald Trump

WASHINGTON – Presiden Donald Trump mengancam untuk mengurangkan dana persekutuan bagi menangani kebakaran di negeri ini,

Ini kerana, Trump menyalahkan Gabenor Gavin Newsom yang tidak menguruskan hutan dengan baik.

Hampir 100,000 ekar hutan musnah oleh kebakaran besar dalam beberapa minggu hingga mengakibatkan penduduk terpaksa dipindahkan.

Beberapa kali kebakaran besar berlaku di kawasan belukar yang tidak digazetkan sebagai hutan.

“Setiap tahun, apabila kebakaran berlaku dan California terbakar, ia adalah perkara yang sama – dan kemudian dia datang kepada Kerajaan Persekutuan untuk bantuan $$$. Gabenor kena bertindak bersama,” kata Trump menerusi Twitter .

Newsom adalah individu yang sangat kritis terhadap dasar-dasar alam sekitar Trump, menjawab: “Anda tidak percaya perubahan iklim. Anda dikecualikan daripada perbualan ini.”

Peningkatan suhu akibat pemanasan global menyebabkan kebakaran hutan yang besar di California tidak kira bagaimana lembapnya musim sejuk sebelumnya, menurut satu kajian baru-baru ini yang diterbitkan dalam Prosiding Akademi Sains Kebangsaan.

Cuaca kering pula menyebabkan tumbuh-tumbuhan kering dan menjadi lebih mudah terbakar.

Trump membuat ancaman serupa untuk mengurangkan bantuan persekutuan tahun lepas, ketika kebakaran paling tragis hingga mengorbankan 86 orang. – MalaysiaGazette