Para peserta yang menyertai Run For Fun 2019 yang diadakan pada hari Sabtu lalu di Taman Botani, Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR – Acara larian Run For Fun 2019 yang dianjurkan oleh Vanke Malaysia telah berjaya menarik lebih 2,500 peserta daripada 100 buah syarikat badan bukan kerajaan (NGO) dan jabatan-jabatan kerajaan.

Acara larian ini bertujuan untuk menggalakkan cara hidup sihat, dan mempromosikan persekitaran yang sihat bagi para pekerja telah diadakan di Taman Botani Kuala Lumpur telah mendapat sokongan sepenuhnya daripada Kementerian Belia dan Sukan,

Manakala penaja acara itu terdiri daripada Proton, PUBG Mobile, Decathlon Malaysia, Roca dan Xiaomi Malaysia.

Selain itu, acara itu turut mendapat kerjasama Bank of China, China Construction Bank, Meinhardt Malaysia, China State Construction Engineering, Huawei Technologies Malaysia.

Pengarah Urusan Vanke Malaysia, Lang Cong berkata, nilai utama daripada acara larian Run For Fun ialah “Lari Untuk Kesihatan, Lari Untuk Kegembiraan dan Lari Untuk Persahabatan” dan ia dapat dilihat pada setiap peserta yang menghayati konsep berkenaan.

Run For Fun ini dicetuskan idea oleh Vanke Group di Shenzhen pada tahun 2013, syarikat telah menganjurkan lebih daripada 380 acara Run For Run di lebih 60 bandar, dengan melibatkan lebih daripada 800,000 orang dari 20,000 syarikat, 40,000 keluarga dan 50 buah sekolah.

Mini festival turut diadakan bagi membolehkan peserta Run For Fun berehat dan bersantai selepas mereka menyelesaikan acara larian masing-masing.

Antara aktiviti yang diadakan ialah cabutan bertuah, anugerah untuk pakaian tercantik, permainan interaktif yang bersesuaian untuk peserta dan seisi keluarga.

Menurut Lang, program Run For Fun yang julung-julung kali dianjurkan di Malaysia memiliki keunikannya tersendiri kerana pihaknya turut mempromosikan konsep budaya kesihatan korporat dan digabungkan dengan aktiviti sukan di dalam persekitaran ruang kerja yang selamat.

“Lebih daripada 100 syarikat, NGO dan jabatan kerajaan telah berkumpul di sini dan melupakan seketika perbezaan masing-masing bagi mencapai misi untuk penyatuan kasih sayang dengan menyertai acara larian ini.

“Ia telah membuktikan bahawa betapa pentingnya aktiviti sebegini boleh menyediakan satu platform untuk membolehkan pihak korporat berkumpul sekaligus menceriakan para pekerja,” tambah beliau. – MalaysiaGazette