Permohonan daftar anak untuk dokumen IMM13 dihentikan serta-merta

PONTIAN – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) membuka laluan khas kepada para pengundi Parlimen Tanjung Piai yang bekerja atau menetap di Singapura untuk pulang mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai 16 November ini.

Dalam satu kenyataan bersama, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan, laluan khas itu akan dibuka di kaunter khas JIM di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB).

Bagaimanapun, laluan khas itu terhad dan hanya dibuka kepada pengundi yang akan menggunakan pengangkutan bas dan kereta sahaja.

“Waktu operasi yang ditetapkan bagi lakuan khas ini ialah 24 jam pada 15 November (Jumaat) manakala, pada 16 November Sabtu laluan khas ini dibuka mulai 12.01 pagi hingga 4 petang,” kata kenyataan itu.

Bagi tujuan mengenal pasti pengundi-pengundi bereknaan dinasihatkan supaya membawa bersama voter’s card atau slip maklumat semakan daftar pemilih yang mengandungi maklumat pengundian.

Ujarnya, slip semakan daftar pemilih itu boleh dicetak dari laman portal SPR iaitu di https://pengundi.spr.gov.my.

Selain itu menurut kenyataan itu lagi, pengundi juga boleh membuat semakan daftar pemilih menerusi aplikasi MySPR Semak di telefon pintar masing-masing dan menunjukkan maklumat tersebut kepada pegawai JIM yang bertugas.

Maklumat semakan daftar pemilih tersebut adalah bagi pengesahan mereka pengundi bagi PRK Tanjung Piai untuk membolehkan mereka menggunakan laluan khas yang disediakan oleh pihak JIM, ujarnya.

Sementara itu, bagi memastikan inisiatif berkenaan berjalan dengan lancar, JIM akan sentiasa memeriksa fungsinya dengan melibatkan pegawai bertugas lebih masa dan penugasan semula pegawai-pegawai akan turut dilaksanakan bagi membantu
aspek operasi dan kawalan dalam pelaksanaan laluan khas berkenaaan.

“Hebahan maklumat berhubung pelaksanaan laluan khas ini akan dibuat dari semasa ke semasa melalui media massa dan media
sosial iaitu di Facebookdan Twitter JIM dan SPR untuk memastikan pengguna dimaklum akan kemudahan yang disediakan ini.

“Untuk sebarang pertanyaan, boleh hubungi JIM ditalian 03-888 01555 atau SPR ditalian 03-889 27018. Talian dibuka pada waktu pejabat sehingga jam 5.30 petang, 16 November,” tambah kenyataan itu lagi. – MalaysiaGazette