NICOSIA – Cyprus sepatutnya membatalkan pasport yang diberikan kepada ahli perniagaan Malaysia yang diburu pihak berkuasa negaranya, Jho Taek Low atau lebih dikenali Jho Low, pada September 2015, kata Presiden Nicos Anastasiades.

“Semestinya, ya,” kata Anastasiades kepada pemberita yang bertanya mengenai kes pasport Jho Low yang terbongkar pada hujung minggu.

Bagaimanapun, katanya siasatan perlu dilakukan terlebih dahulu dengan mengikut proses diikuti justifikasi pada sebarang pembatalan yang dilakukan.

Ditanya mengenai pemberian kewarganegaraan kepada pelabur yang mengelak sesuatu yang timbul baru-baru ini, Anastasiade berkata terdapat beberapa kes mengenainya.

“Mungkin ada yang lain (memerlukan kajian semula) yang tidak diketahui umum,”.

Presiden itu melakukan kawalan kerosakan berikutan pengetahuan mengenai pembabitan Jho Low dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang mana pendakwa raya Amerika Syarikat (AS) dan Malaysia berkata beliau telah  menyeleweng beratus-ratus dolar.

Pihak berkuasa Malaysia telah membatalkan pasport Jho Low, mengeluarkan waran tangkap dan meminta pertolongan daripada AS, Amiriyah Arab Bersatu, Indonesia, India, Myanmar, China dan Hong Kong.

Menurut akhbar harian, Politis, Jho Low tiba di Cyprus pada September 2015 dan memperoleh pasport di bawah skim warganegara menerusi pelaburan dengan melakukan beberapa pelaburan hartanah dalam tempoh yang singkat di Ayia Napa.

Beliau tidak dikehendaki pihak berkuasa ketika itu.

Ia merupakan pendedahan yang memalukan kerajaan, selepas lapan warga elit Kemboja yang terbabit dengan rejim pihak berkuasa negara itu diberi pasport Cyprus.

Berikutan kejutan itu, kerajaan telah mengarahkan siasatan dalam kes yang membabitkan warga Kemboja itu dan dalam masa sama mengumumkan ‘audit’ naturalisasi yang diberikan sebelum ini dilakukan.

“Semua mereka yang diberi kewarganegaraan yang melanggar kriteria ketat akan menyaksikan kewarganegaraan mereka dibatalkan secepat mungkin, nokhtar,” kata Anastasiades.

Bagaimanapun, beliau tidak membesar-besarkan perkara itu.

“Sebagai contoh, antara kira-kira 4,000 kewarganegaraan yang diberi, didapati 10 atau 15 peratus tidak berada pada paras yang sama. Saya tidak fikir ia membenarkan perkara ini – ia merupakan kesilapan tulen – kami mengotorkan nama negara kami.

Politis berkata, warga Malaysia itu telah merancang untuk mendapatkan pasport Cyprus pada musim bunga 2015 yang mana ketika itu 1MDB telah disiasat oleh Peguam Negara Malaysia.

“Berdasarkannya, boleh dikatakan Jho Low ketika memohon pasport Republik Cyprus pada penghujung musim bunga 2015 masin tidak dikehendaki (pihak berkuasa).

“Tiada sebarang waran dikeluarkan ke atasnya tetapi adalah jelas ia adalah isu utama semua media antarabangsa kerana ia diketahui ketika itu,” menurut akhbar tersebut.

Dibawah kriteria pasport ketika ini, Jho Low perlu melakukan deposit sebanyak €5 juta dalam bank Cyprus untuk tempoh tiga tahun dan membeli sebuah kediaman tetap berharga €500,000.

Menurut akhbar tersebut, beliau mendepositkan €5.9 juta dalam sebuah bank di Cyprus pada Jun 2015.

Politis berkata, syarikat yang melakukan naturalisasi ahli perniagaan yang ketika itu berusia 34 tahun, telah meminta firm audit terkenal di Nicosia memohon syarikat itu menyediakan permohonan yang relevan dan menyerahkan apa yang diperlukan undang-undang.

Firma audit itu, bertindak sebagai broker yang mengendalikan permohonan Jho Low melakukan kajian kebolehlaksanaan ahli perniagaan Malaysia itu.

Politis berkata, pemeriksaan dilakukan terhadap firma lain yang berpengkalan di Cyprus, yang menyerahkannya kepada Thomson Reuters.

Kajian kebolehsanaan itu siap pada Jun 2015.

Akhbar itu berkata, berdasarkan Jadual Risiko yang mengandungi 14 bab, masalah yang dihadapi Jho Low dilihat berada pada tahap 4 daripada 14 tajuk siasatan dan terdapat beberapa risiko yang dikaitkan dengannya.

Pada awal 2018, sumber Menteri Dalam Negeri yang dihubungi Cyprus Mail berkata, kerajaan telah memperketatkan prosedur proses permohonan warganegara, memerlukan broker pasport menyerahkan laporan kebolehlaksanaan pelanggan mereka di beserta permohonan itu.

Sebelum ini, broker pasport dijangka melakukan pemeriksaan latar belakang pelanggan mereka tetapi tidak memerlukan pendedahan atau menyerahkannya kepada Kementerian Dalam Negeri yang bertanggungjawab terhadap naturalisasi. – MalaysiaGazette