Gelagat ceria Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail (tengah) berbincang sesuatu dengan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM, Datuk Dr. Mohd Daud Bakar (kanan) dan diiringi Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh (kiri) semasa hadir pada Majlis Pelancaran Inspirasiku Dana Inspirasi Malaysia di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 06 NOVEMBER 2019

KUALA LUMPUR – “Hormati keputusan mahkamah,” demikian menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berhubung keputusan Mahkamah Sesyen Seremban hari ini yang membenarkan pembatalan dua terhadap (ADUN) Seremban Jaya, P. Gunasekaran.

“Itu keputusan mahkamah, jadi kita hormati keputusan mahkamah.

“Kita selalu katakan apa-apa undang-undang dalam negara kita janganlah ada unsur unsur penindasan sepertimana yang dikatakan Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir Mohamad),” katanya kepada media hari ini.

Wan Azizah berkata demikan selepas merasmikan Dana Inspirasi Malaysia (Aspirasiku) ‘Bantuan Pelajar B40 ke IPT dan Sesi Persekolahan’, di Dewan Azman Hashim, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), hari ini.

Presiden Pakatan Harapan (PH) itu diminta mengulas mengenai keputusan Hakim Mahkamah Sesyen, Madihah Harullah membenarkan permohonan yang dibuat Timbalan Pendakwa Raya Aslinda Ahad.

Menurut dakwaan yang dibatalkan itu, ADUN DAP tersebut didakwa memiliki item berkaitan dengan LTTE di pejabat dan kediamannya di Seremban masing-masing pada pukul 9.58 pagi dan 11.50 pagi, 10 Oktober lalu.

Bagaimanapun Gunasekaran kekal ditahan kerana tidak dibenarkan ikat jamin untuk pendakwaan terdahulu.

Beliau didakwa di Mahkamah Sesyen Melaka pada 29 Oktober kerana didakwa menyokong LTTE, selain pendakwaan tambahan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 31 Oktober. -MalaysiaGazette