Leni Robredo. foto Agensi

MANILA – Naib Presiden Filipina, Leni Robredo menerima tawaran Presiden Rodrigo Duterte untuk memainkan peranan utama dalam memerangi dadah, walaupun menjangkakan pesaingnya akan cuba menghalang.

Keputusan Leni menerima tawaran itu dikritik.

Sekutu-sekutu Leni telah memberi amaran keras akan memalu dan memastikan beliau gagal.

Meskipun ragu-ragu tentang motif tawaran Duterte, tetapi beliau akan mengambil peluang.

“Saya menentang pembunuhan orang yang tidak bersalah, saya menentang pelanggaran yang dilakukan oleh pegawai. Dia tahu kritikan saya. Dia tahu apa yang saya rancangkan.

“Jika presiden memikirkan bahawa saya akan diam kerana saya menerima tawaran itu, beliau salah,” kata Robredo pada sidang akhbar.

Penyokong setia Duterte telah mendesak Leni untuk mengambil peranan itu susulan beliau banyak mengkritik dan seharusnya melontarkan idea-ideanya dalam bentuk tindakan.

Ronald dela Rosa, seorang anggota polis dan komandor yang terlibat dalam usaha memerangi dadah dan ini dilantik Senator berkata, inilah masa terbaik untuk Leni menjadi perhatian.

“Ini adalah masa peluangnya untuk bersinar … Saya akan berdoa untuk kejayaannya,” katanya di televisyen.

Tindakan keras Duterte memerangi dadah itu popular dalam kalangan rakyat Filipina, menurut tinjauan pendapat yang dijalankan pada bulan September.

Sebanyak 82% responden percaya cara Duterte berkesan, walaupun pengkritik mengatakan langkah itu gagal untuk membendung ketagihan atau bekalan dadah.

Aktivis menuduh polis melakukan hukuman mati terhadap individu terlibat dalam dadah tetapi polis berkata, mereka bertindak membunuh hanya dalam mempertahankan diri.

Dalam wawancara pada 23 Oktober, Leni berkata, angka kematian adalah terlalu tinggi dan bantuan antarabangsa perlu diperoleh sekiranya kerajaan terus bertoleransi tindak tanduk pihak polis.

Mengulas mengenai tawaran itu, Leni berkata, beliau tidak rugi apa-apa dengan menerima tawaran tersebut.

“Sekiranya dapat menyelamatkan sekurang-kurangnya satu kehidupan yang tidak bersalah, saya saya harus mencubanya,” katanya. – MalaysiaGazette