Dr. Maszlee Malik.

KUALA LUMPUR – Menyediakan peluang pekerjaan dengan bayaran gaji yang tinggi adalah lebih baik berbanding bantuan melunaskan hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Menurut Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik meningkatkan pendapatan bukan sahaja dalam membantu rakyat secara keseluruhannya untuk kelangsungan hidup malah dalam masa yang sama akan memberi kelebihan kepada peminjam PTPTN untuk melangsaikan pinjaman mereka.

“Pada saya, bagi kerajaan negeri selain daripada insentif, elok kita berusaha untuk menyediakan peluang kerja dengan bayaran yang lebih tinggi kerana itu adalah lebih mapan dan lebih akan meningkatkan taraf ekonomi rakyat bila mereka mempunyai gaji yang lebih tinggi mereka boleh membayarnya (pinjaman PTPTN)

“Yang lebih penting kita inginkan (adalah) kelangsungan,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Maszlee berkata demikian bagi mengulas pengumuman Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg ketika pembentangan Belanjawan Negeri 2020 untuk memperuntukkan RM30 juta kepada anak negeri tersebut yang menghadapi kesukaran membayar balik pinjaman PTPTN.

Bagaimnanapun Maszlee tidak menolak usaha Sarawak itu memberi kebaikan kerana ia bukan sahaja dapat membantu peminjam yang tidak berkemampuan selain itu turut memberi kelebihan kepada pembayar yang akan dilepaskan daripad cukai seperti yang diumum sebelum ini.

“Kita mengalakkan semua pihak majikan, swasta dan juga kerajaan negeri mana-mana pun untuk melunaskan bayaran hutang pekerja mereka dan mereka akan dapat pelepasan cukai,” ujarnya.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Sarawak peruntuk RM30 juta bantu pelajar bayar balik PTPTN