Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien (tengah) bersama Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong (kanan) beramah mesra dengan sebahagian penduduk ketika sesi walkabout bagi membantu calon Barisan Nasional, Datuk Dr. Wee Jeck Seng sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) P.165 Tanjung Piai di Pasar Malam Pontian, Johor. foto HAZROL ZAINAL, 08 NOVEMBER 2019.

PONTIAN – Langkah Pakatan Harapan (PH) yang mahu memberikan saguhati kepada nelayan-nelayan di Tanjung Piai boleh dianggap sebagai ‘dedak’ yang sudah dihalalkan.

Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, beliau hairan bagaimana pemberian yang pernah disifatkan dedak oleh PH boleh dianggap suci pada pilihan raya.

“Saya tahu kerajaan sekarang ini yang berada di peringkat pusat dan negeri dimiliki oleh Pakatan Harapan.

“Dulu dia kata dedak (pemberian) dan semua dedak itu dijadikan kebetulan yang terancang.

“Kini ia ditabur ke sana sini dan RM1,000 pun dihalalkan. Kalau dulu kata tak boleh, tapi kini boleh pula. Inilah perkara-perkara yang kita kena lihat sama ada ia akan mempengaruhi pengundi di kawasan ini,” katanya ketika melakukan walkabiut di pasar malam, Pontian di sini hari ini.

Beliau ditemani, Pengarah Pilihan Raya BN Johor, Datuk Ir Hasni Mohammad dan Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Kelmarin, Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal pada sidang media di Iskandar Puteri berkata, seramai 1,513 nelayan bakal menerima bantuan khas nelayan sebanyak RM1,000 melibatkan anggaran lebih RM1.5 juta.

Nelayan yang terlibat adalah seramai 432 nelayan di Gelang Patah dan Pulai, seramai 537 orang nelayan di Pasir Gudang, Johor Bahru dan Tebrau serta 544 nelayan di Pontian termasuk Tanjung Piai.

Menurut beliau, bantuan khas itu akan diberikan secara berperingkat mengikut kawasan dan bukannya secara ansuran mulai minggu depan.

Dalam pada itu, Ka Siong berkata, apa yang dilakukan oleh PH itu sedang dipantau dipertimbangkan oleh Barisan Nasional.

Katanya, ia merupakan satu cabaran dan dengan adanya Muafakat Nasional objektif yang dusasarkan dapat diterjemah menerusi keputusan yang akan diumum pada 16 November ini. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Punya sial kafir laknat nie, tapi malang nya dia mendapat doa restu dari orang UMNO dan PAS yang konon nya memperjuangkan melayu islam.

    • Cantiknya bahasa anak Aji ni…KO harapkan dap nak perjuangkan melayu dan Islam..memang mimpi la ko ini…jgn bnyk tidor disiang hari.lain kali ikuti perkembangan semasa dlm negara,jgn fanatik.guna akal yg Allah beri.

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.