Luiz Inácio Lula da Silva. foto Agensi

BRASILIA – Bekas President Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva dibebaskan daripada penjara.

Hakim memerintahkan pembebasan Lula setelah Mahkamah Agung memutuskan bahawa penjahat yang dihukum harus dibawa ke penjara hanya setelah peluang rayuan ke atas mereka sudah berakhir.

Pembebasan Lula disambut oleh penyokong-penyokongnya di luar penjara di bandar Curitiba, di mana dia telah ditahan selama setahun dan sebahagiannya disebabkan pertuduhan rasuah.

Pemimpin sayap kiri Brazil itu memerintah negara ini antara 2003 dan 2010 dan masih popular.

“Saya tidak sangka hari ini saya boleh bercakap dengan ramai lelaki dan wanita kerana selama 580 hari saya hanya mengucap selamat pagi, selamat petang dan selamat malam, tidak kira jika hujan atau suhu mencecah 40 darjah celsius,” kata Lula di hadapan para penyokongnya.

Lula mempertahankan bahawa beliau tidak bersalah dan mengkritik apa yang berlaku sebagai “sebahagian busuk sistem kehakiman” kerana “bekerja untuk menjenayahkan parti sayap kiri’.

Beliau dipilih untuk memenangi pilihan raya presiden tahun lalu tetapi dipenjarakan selepas didakwa terlibat dalam skandal rasuah lalu calon sayap kanan, Jair Bolsonaro dipilih menerajui kerajaan Brazil.

Lula akan dihalang daripada terus berpolitik kerana rekod jenayahnya.

Dia secara konsisten menafikan semua tuduhan terhadapnya dan mendakwa apa yang berlaku adalah bermotifkan politik. – MalaysiaGazette