Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan diiringi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail (tiga kiri) dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa (tengah) bergambar bersama penerima anugerah pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan Tahun 1441H/2019M di Bukit Jalil, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 09 NOVEMBER 2019

KUALA LUMPUR – Ketua Hakim Syarie Kelantan, Datuk Daud Mohamad dipilih sebagai penerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan Tahun 1441H/2019M.

Pakar Perundangan Syariah itu menerima hadiah wang tunai RM50,000, trofi dan sijil penghargaan.

Anugerah disampaikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sempena Majlis sambutan Maulidur Rasul 1441 Hijrah/2019 Peringkat Kebangsaan di Axiata Arena, Bukit Jalil di sini hari ini.

Turut berangkat menyempurnakan majlis, Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof.

Sementara itu, empat individu lagi dipilih antara penerima Anugerah Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan Tahun 1441H/2019M.

Mereka adalah Ahli Akademik, Prof Datuk Dr Asma Ismail; Pelopor Hospital Mesra Ibadah, Datuk Dr Khalid Ibrahim; Aktivis Sosial, Tan Sr Lee Lam Thye dan Aktivis Kemanusiaan, Mohd. Azmi Abd Hamid.

Semua penerima masing-masing menerima wang tunai RM20,000, trofi dan sijil penghargaan.

Penganugerahan itu berdasarkan sumbangan besar individu terbabit dalam memartabatkan syiar Islam di peringkat kebangsaan dan global yang diiktiraf oleh pelbagai pihak. – MalaysiaGazette