Calon Pakatan Harapan, Karmaine Sardini (tengah) beramah mesra dengan sebahagian penduduk yang hadir pada Program Kenduri Ukhwah Kampung Tenggayun sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) P.165 Tanjung Piai di PDM Tenggayun, Pontian, Johor. foto HAZROL ZAINAL, 09 NOVEMBER 2019.

KUKUP – Calon Pakatan Harapan Karmaine Sardini berkata, beliau tidak perlu berikrar secara formal sebagai janji untuk meneruskan legasi yang ditinggalkan Allahyarham Dr. Md Farid Md Farik di Tanjung Piai jika diberi mandat pada Pilihan Raya Kecil 16 November ini.

Katanya, sememangnya sudah ada dalam perancangan awal untuk meneruskan segala perancangan pembangunan yang belum dilaksanakan arwah Farid.

“Tak payah ikrar ini semua. memang itu (sudah komited) bila dilantik insya Allah,” katanya secara ringkas kepada pemberita di Majlis Kenduri Rakyat di Pusat Daerah Mengundi PH Kampung Tenggayun tengahari ini yang dihadiri Menteri Pembangunan Usahawan Mohd Redzuan Yusof.

Dalam perkembangan berkaitan, Mohd Redzuanyang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia berkata, pihaknya berganding bahu menyambung segala program dan inisiatif yang ditinggalkan arwah Md Farid.

“Itu tidak akan menjadi masalah untuk kita meneruskan pembangunan yang diinginkan arwah,” tegas secara ringkas. – MalaysiaGazette