TERKINI : BERSATU Lemah Bila Tak Ada Tun M “Ramai Kaki Mahir Lompat” – Khaled Nordin

KUKUP – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mendakwa, hayat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) hanya bergantung kepada usia Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, ramai daripada anggota di dalam Bersatu akan melompat selepas Dr Mahathir tiada lagi.

“Bersatu bergantung kepada PM (Perdana Menteri). Pengundi kena lihat dan fikirkan apa jadi kepada Bersatu setelah ketiadaan Tun Dr Mahathir.

“Sebahagian besar anggota parti akan melompat,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan pertemuan bersama nelayan Tanjung Piai di sini hari ini.