Pesawat itu berlegar lebih kurang dua jam di ruang udara Selat Melaka. - flightradar

PUTRAJAYA – Penerbangan Malaysia Airlines MH360 pada 9 November yang berlepas dari Kuala Lumpur ke Beijing pada Sabtu terpaksa berpatah balik ekoran masalah gear pendaratan.

Dalam kenyataan hari ini, Malaysia Airlines berkata, demi keselamatan penumpang, kapten pesawat membuat keputusan untuk berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“Pesawat itu mendarat dengan selamat pada pukul 9.03 malam pada hari yang sama dan sedang diperbaiki oleh jurutera.

“Penerbangan MH360 kemudian ditukar dengan pesawat lain, berlepas dari Kuala Lumpur pada 12.30 pagi 10 Nov dan tiba di Beijing pada pukul 6.35 pagi pada hari yang sama,” menurut syarikat penerbangan itu.

Malaysia Airlines berkata, makanan ringan disediakan untuk semua penumpang dan syarikat penerbangan itu juga mengatur semua penerbangan sambungan seterusnya.

“Keselamatan adalah keutamaan nombor satu Malaysia Airlines pada setiap masa pihak kami menyesali kesulitan yang dihadapi penumpang,” tambah kenyataan itu. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast